BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

24 November 2013

memanusiakan manusia

biar ada segenap dunia mencerca kamu
biar ada segenap dunia menidakkan jasamu
biar ada segenap dunia merendahkan pengorbananmu
biar ada segenap dunia menghalang niat demi Allah mu
biar ada segenap dunia mempersoalkan kredibilitimu
biarlah kerana dirimu sendiri yang mengetahui keikhlasan memanusiakan manusia yang berada dibawah tanggungjawabmu.

air susuan

tidak jumpa engkau berkat Allah kalau hilang berkat dari ibumu 
l alphabet ikhlas : budak-budak yang baru setahun jagung tayah la nk ringan mulut tengking-tengking ibu sendiri.ta habis hutang dunia ni nak banding air susuan ibu kau muntahkedarah dulu. l

barakah benih

tidak peroleh akan kau sekelumit barakah Allah jika tidak bijak akan kau menggapai selautan barakah ibumu.

l alphabet ikhlas dari benih yang tidak cukup solehah bagi ibunya l


jiwa salji

buat sahabat merona cinta.
penghujung ini Allah mula mentadbir ujian menilai kau kasih mahupun setia.
pertalian kendur mula tegang ta bersuara.
kapal mewah tidak lagi tersenyum indah.
andai jiwa mula bersalji minta kau suamkan dengan kenangan kedewasaan kita.
andai hati kau dibisik syaitan kebencian minta kau terjah setiap fail gambar berjuta bilangannya.
moga kau,aku dan kalian menyedari jarum jam kita tidak banyak lagi pusingannya.
aku sayang kau,kau dan kau mahupun kau.

pijak teratak

tiada yang cukup manis melainkan kaki kau memijak lantai rumah.
biarpun teratak kau tiada lantai mozek bunga mawar beratus kelopak.
biarpun teratak kau bumbungnya berlubang mengintai bintang malam.



29 October 2013

aku yang tidak mampu

bibir ta terucap kata bukan zahirnya aku tunduk akur
sekadar tidak mampu menidakkan secara zahir atas dasar sebuah kapal yang terbina
hanya mampu aku berteleku dalam isi dada setidaknya aku nampak kau senyum seumurnya 

tempoh setia

yang bersama berkelana berabad lama terkadang sejati setianya bertahan sesaat dua
yang baru bersama berkelana sesaat dua terkadang setianya tak mamah dek usia
jangan ditunjalkan jari di mana-mana dahi 
sebaliknya berceloteh dengan isi dadamu sendiri
dimanakah nilai sebuah KAPAL yang dibina?

detik tercipta : 9/5/2013

hati manusia

bisikan hati manusia tidak siapa tahu
busuk atau wangi?
ikhlas tanpa minta dibalas?

detik tercipta : 30/4/2013

tautan hati

Tautan hati bukan zahir ukurannya 
bukan pancaindera saksinya 
bukan manusia penilainya
kepada Allah aku sandarkan semua
semoga yang tertaut menghargainya.

detik tercipta : 28/4/2013