BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

24 November 2013

memanusiakan manusia

biar ada segenap dunia mencerca kamu
biar ada segenap dunia menidakkan jasamu
biar ada segenap dunia merendahkan pengorbananmu
biar ada segenap dunia menghalang niat demi Allah mu
biar ada segenap dunia mempersoalkan kredibilitimu
biarlah kerana dirimu sendiri yang mengetahui keikhlasan memanusiakan manusia yang berada dibawah tanggungjawabmu.

air susuan

tidak jumpa engkau berkat Allah kalau hilang berkat dari ibumu 
l alphabet ikhlas : budak-budak yang baru setahun jagung tayah la nk ringan mulut tengking-tengking ibu sendiri.ta habis hutang dunia ni nak banding air susuan ibu kau muntahkedarah dulu. l

barakah benih

tidak peroleh akan kau sekelumit barakah Allah jika tidak bijak akan kau menggapai selautan barakah ibumu.

l alphabet ikhlas dari benih yang tidak cukup solehah bagi ibunya l


jiwa salji

buat sahabat merona cinta.
penghujung ini Allah mula mentadbir ujian menilai kau kasih mahupun setia.
pertalian kendur mula tegang ta bersuara.
kapal mewah tidak lagi tersenyum indah.
andai jiwa mula bersalji minta kau suamkan dengan kenangan kedewasaan kita.
andai hati kau dibisik syaitan kebencian minta kau terjah setiap fail gambar berjuta bilangannya.
moga kau,aku dan kalian menyedari jarum jam kita tidak banyak lagi pusingannya.
aku sayang kau,kau dan kau mahupun kau.

pijak teratak

tiada yang cukup manis melainkan kaki kau memijak lantai rumah.
biarpun teratak kau tiada lantai mozek bunga mawar beratus kelopak.
biarpun teratak kau bumbungnya berlubang mengintai bintang malam.